Saturday, October 30, 2010

JURNAL REFLEKSI: MINGGU KE TIGA BELAS

Salam Sejahtera..

Subjek muzik tradisional Malaysia merupakan satu subjek yang memberikan banyak pengetahuan tentang bidang muzik tradisional. Disamping pembelajaran teori di dalam kelas, pelajar juga didedahkan dengan alat muzik secara praktikal seperti kompag. Walaupun pendakatan praktikal dalam alat-alat muzik yang dipelajari tidak menyeluruh namun pelajar dapat juga merasai cara bermain alat muzik seperti ensembel gamelan. disamping itu, selain daripada mempelajari alat-alat tradisional di Malaysia, pelajar juga telah berpeluang mengendalikan blog berkenaan dengan pembelajaran di dalam kelas. Para pelajar telah mengendalikan dua blog iaitu blog individu dan blog kumpulan. Penggunaan blog atau pembelajaran melalui blog mendedahkan para pelajar dengan pembelajaran interaktif. Secara simboliknya selain daripada mempelajari muzik tradisional, para pelajar juga dapat mendekatkan diri dengan penggunaan blog dalam pembelajaran.

Pembelajaran selama 14 minggu telah mendedahkan sekaligus mengisi kotak ilmu pengetahuan dengan pelbagai jenis alat tradisional Malaysia. Disamping itu, tugasan kumpulan yang diberikan banyak membantu para pelajar untuk mengenal dengan lebih dalam lagi sesuatu tajuk yang telah diberikan. Sebagai contoh, kumpulan kami telah diberi tugas untuk membuat kajian berkenaan dengan muzik kuda kepang. Kami telah menjalankan temuramah bagi mendapatkan maklumat permainan kuda kepang di Johor. Sebagai hasilnya kami telah banyak mempelajari kuda kepang bukan sahaja secara teori malah dapat melihat patung serta muzik kuda kepang. Oleh yang demikian, hasil usaha para pelajar dan berkat pertolongan pensyarah kami dapat menguasai semua topik yang dibincangkan di dalam kelas.

Pembelajaran dua hala antara pelajar dan pensyarah yang berlansung di dalam kelas telah membentuk interaksi yang berkesan kepada bidang pembelajaran. Pendekatan ini memberi peluang kepada para pelajar bertanya sekaligus memberikan pendapat mereka. Dengan cara ini, para pelajar dapat mengembangkan lagi kemahiran berfikir mereka. Secara keseluruhannya, pembelajaran sepanjang 14 minggu memberikan pelbagai pengalaman yang bermakna kepada para pelajar disamping memberikan banyak ilmu pengetahuan. Diharapkan segala ilmu yang telah dicurahkan akan digunakan untuk memartabatkan lagi muzik tradisional malaysia sekaligus mengekalkan identiti setiap bangsa di negara ini.

Sekian..

2 comments:

smp2252azirul on October 30, 2010 at 9:12 AM said...

Pembelajaran dua hala amat penting dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Sepanjang 14 minggu kita bersama - sama dengan En Amran hubungan itu telah berlaku.

SMP2252 Firdaus on October 30, 2010 at 1:21 PM said...

Secara tidak langsung ia melatih kita untuk berinteraksi dengan para pelajar di sekolah bila mengajar nanti. Jika diteliti pendekatan yang dilakukan oleh pensyarah kita sedikit sebanyak membantu kita mengetahui cara bagaimana mengawal kelas dan cara penyampaian p&p itu.

Post a Comment

 

SMP2252 EDDIE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template