Tuesday, October 26, 2010

JURNAL REFLEKSI: MINGGU KE DUA BELAS

Salam sejahtera..

Pada minggu ini, kuliah Muzik Tradisional Malaysia adalah berkenaan dengan Gendang 24 Musim. Muzik Gendang 24 Musim telah diasaskan oleh seorang guru muzik iaitu Encik Chen Wei Chong di Johor Bahru, Johor pada 12 Jun 1988. Alat muzik yang digunakan telah di import atau dibeli dari negara China. Muzik ini adalah berasaskan satu musim pertanian di negara China. Nama musim tersebut ditulis pada gendang dengan kaligrafi Cina.

Secara amnya musim diketegorikan dalam empat musim utama iaitu musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim dingin. Empat musim utama ini akan dibahagikan kepada 6 musim kecil. Musim kecil ini ada kaitan dengan jadual pekerjaan petani di negara China. Mengikut kalendar Cina, petani akan tahu masa masa sesuai mereka patut membajak tanah, menyemai, menuai dan aktiviti-aktiviti pertanian yang lain. Koreografi pergerakan pemuzik juga mengikut aksi aktiviti-aktiviti pertanian dan mempamerkan suasana meriah.

Rajah 1: Jie Qie

Gaya persembahan Gendang 24 Musim ini dipenuhi dengan keunikan yang tersendiri. Semasa persembahan, pemain dram akan memakai kostum tradisional lelaki Cina. Mereka juga menggunakan prop lain seperti topeng, bendera berwarna-warni dan kain panjang berwarna. Persembahan ensembel ini tidak terhad kepada perayaan besar kaum Cina sahaja, malahan turut dipersembahkan dalam majlis-majlis rasmi kerajaan.
Alat muzik yang digunakan dalam persembahan Gendang 24 Musim ini adalah 24 buah gendang shigu, iaitu dram tarian singa. Disamping itu, terdapat juga persembahan yang menggunakan gendang longgu. Kedua-dua buah gendang ini hampir sama dan merupakan gendang besar berbentuk tong. Gendang ini mempunyai satu muka kulit kerbau atau lembu pada bahagian atas yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi. Di dalam gendang ini terdapat beberapa dawai besi seperti spring yang memberikan warna ton istimewa. Gendang ini diletakkan di atas rak kayu berkaki empat. Muka kulit gendang dipukul dengan menggunakan dua pemukul kayu.


Rajah 2: Alat Muzik Shigu

Ji Qi telah berkembang di Malaysia seawall tahun 1980-1n. Pada Tahun 1988, Persatuan Tionghua Johor Bahru menganjurkan Pesta Tarian Kesembilan yang bertemakan “Dance no.9”. Pesta ini merupakancCetusan idea oleh En Tan Chai Pan iaitu seorang penyajak dan budayawan Cina tempatan. Pada mulanya persembahan ini membentuk ensemble 9 biji gendang yang berasaskan konsep 24 ‘Jie Qi’ (musim) mengikut kalender tani di Tanah besar Cina. Pesta ini telah mendapat respon dari En. Tan Hooi Soong dan beliau menggunakan pukulan gendang ‘shigu’ iaitu sejenis gendang dalam tarian singa dengan iringan koreografi badan yang canggih serta menakjubkan. Pesta ini telah menghasilkan persembahan yang gagah dan gemuruh dan lahirlah persembahan seni baru ciptaan tulen orang Cina di Malaysia.






Video 1: Persembahan Muzik Shigu

5 comments:

Haslina on October 26, 2010 at 2:33 PM said...

Penerangan yang menarik dengan iringan video, namun begitu suka untuk saya bertanya kepada saudara, adakah persembahan 24 musim ini benar-benar sesuai dipersembahkan dinegara ini yang seperti makluman saudara sendiri bahawa negara kita yang berada di garisan khatulistiwa tidak mempunyai sebarang musim yang khusus?

Damiana on October 29, 2010 at 5:49 PM said...

Maaf sekiranya saya katakan anda hanya mengeluarkan apa yang diajar.
Saya tidak dapt melihat sesuatu yang baru dalam refleksi saudara

SMP2252 Firdaus on October 29, 2010 at 11:49 PM said...

Tahniah eddie..nampaknya anda semakin menguasai topik yang telah dibincangkan di dalam kelas

SMP2252 EDDIE on October 30, 2010 at 7:27 AM said...

Haslina: terima kasih di atas pertanyaan saudari..bagi saya persembahan ini adalah sesuai dipersembahakan di negara ini walaupun negara kita tidak mengalami perubahan musim. hal ini kerana budaya merupakan sesuatu yang dinamik dan boleh diamalkan walaupun tidak berpijak kepada tempat asal yakni kelahiran sesuatu budaya tersebut. oleh yang demikian muzik ini telah mengalami integrasi melalui penghijraan orang china ke Malaysia sekaligus membawa bersama budaya muzik mereka.

gEneRasi AnaK sAmaH on October 30, 2010 at 8:12 AM said...

Tahniah. ulasan yang agak panjang lebar. mungkin kalau saudara eddie mengambil kos muzik, berkemungkinan besar saudara layak untuk membuat thesis berkaitan dengan tajuk ini.

Post a Comment

 

SMP2252 EDDIE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template