Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Teruskan Membaca...
Sekali lagi kita bertemu dalam ruangan jurnal refleksi minggu ke-10. Pada minggu ini, tiba giliran kumpulan Orkestra Cina Moden dan kumpulan Nobad untuk mempersembahkan hasil tugasan mereka. Kedua-dua kumpulan pembentang ini banyak memberikan informasi yang berkenaan dengan alat muzik tradisional Malaysia. Informasi yang diberikan ini banyak merungkai berkenaan dengan alat muzik tradisional yang tidak diketahui umum khususnya kepada masyarakat pada masa kini. Hal ini kerana arus permodenan telah memberikan ruang kepada alat muzik moden sehingga alat muzik tradisional hanya menjadi cerita.
Oleh yang demikian, dengan adanya tugasan kursus ini maka member peluang kepada pelajar untuk merungkai kembali alat muzik tradisional khususnya yang menjadi identiti setiap bangsa di Malaysia. Pembentangan pertama pada minggu ke-10 ini merupakan salah satu identiti kepada masyarakat cina iaitu berkenaan Orkestra Cina Moden. Bangsa Cina memiliki kekayaan budaya muzik yang tumbuh dan berkembang sejak zaman dahulu. Hal ini dapat dibuktikan dengan Penemuan ‘Jiahu’ iaitu alat muzik tertua di dunia yang diperbuat daripada tulang pada awal 7000 SM. Bangsa Cina percaya bahawa bunyi nada yang harmoni merupakan keselarasan alat semesta.
Muzik tradisional Cina kebanyakannya menggunakan Bahasa Cina yang meliputi nyanyian rakyat, nyanyian berceritera dan Opera. Muzik juga menjadi elemen penting dalam upacara ritual tradisional semasa Dinasti Shang (1550-1111 SM). Muzik tradisi cina mencapai kegemilangan semasa Dinasti Zhou (1111-222 SM) apabila alat perkusi dan genderang mula diperkenalkan. Alat muzik tradisional Cina diklasifikasikan dalam lapan kumpulan (bayin) mengikut bahan yang digunakan seperti logam, batu, kain,tanah, kulit, labu kering,buluh dan kayu.
Sekitar abad ke-19, tradisi muzik Cina mula terpengaruh dengan tradisi muzik Eropah. Mereka mula diperkenalkan dengan alat muzik Barat, Orkestra Simfoni dan konsert Opera Barat. Banyak pertunjukkan dilakukan sehingga bangsa Cina memodenkan muzik yang ada. Muzik kontemporari popular Cina merupakan hasil gabungan muzik tradisional Cina dengan muzik popular. Pada awalnya, konsep Orkestra Cina diangkat sebagai satu respon terhadap Orkestra Simfoni Barat. Tetapi, ianya menjadi lebih berkembang dengan bantuan para penyelidik, ahli muzik dan pemuzik rakyat. Banyak instrumen Cina telah diubahsuai dari instrumen tradisional, seperti Diyinsheng (sheng bass besar), Suona dan Zhongyin (alto). Instrumen ini mempunyai ‘key’ bagi membolehkan ia memainkan skel barat.
Pada tahun 1940 orkestra cina berkembang menjadi empat bahagian atau section yang berbeza seperti, bowed stringed (instrumen bertali yang digesek), plucked stringed (instrument bertali yang dipetik), wind (instrument tiup kayu) dan percussion (instrument yang dipukul). Seterusnya, pada tahun 1950, konduktor orkestra yang bernama Peng Xiuwen di Central Broadcast Chinese Orchestra, mula melakukan perubahan yang besar ke atas Orkestra Cina. Beliau telah mengubah postur dan kedudukan pemuzik dan konduktor seperti Orkestra Simfoni (susunan seperti kipas) serta penggunaan skor notasi untuk diikuti dengan teliti, sama seperti muzik Barat. Disamping itu beliau juga membuat pembangunan dan perubahan yang besar ke atas pelbagai instrumen dalam bunyi orkestra. Pada hari ini, komposer Orkestra Cina mempunyai pengajaran unsur-unsur asas yang kuat dalam teori Barat dan Komposisi, serta menulis untuk Orkestra Cina. Selain itu mereka mempunyai kecenderungan untuk menggubah orkestra ke arah kontemporari.
Orkestra Cina Moden berkembang di negara ini apabila orang Cina datang ke Tanah Melayu pada Abad ke-19 dan membawa bersama budaya mereka ke sini. Masyarakat Cina yang lazimnya berpersatuan mengikut kaum keluarga dan menggunakan dewan mereka untuk mengajar muzik cina. Dari sinilah wujudnya satu permuafakatan antara mereka secara ‘ad hoc’ atau tidak formal, untuk melakukan improvisasi atau berkarya kepada opera cina tempatan dan lagu-lagu rakyat dan daerah yang berlainan. Pada tahun 1960-an, persatuan-persatuan di Malaysia mula terpengaruh dengan aliran Orkestra Cina Moden di China yang mula dibentuk pada 1930-an.
OCMM atau hua yue tuan di Malaysia didokumentasikan oleh Tan Sooi Beng (1983). Seperti di China, orkestra ini mempunyai campuran instrumen barat dan instrumen tradisional China. Disamping itu ia menggabungkan unsur polifoni barat dengan ‘scale’ melodi China. OCMM turut memainkan lagu-lagu rakyat Melayu walaupun sebahagian besar repertoirenya terdiri daripada muzik yang diimport dari Hong Kong, Taiwan dan China.
Secara keseluruhan, pembentangan pada hari ini sunggu menarik disamping memberikan maklumat yang berguna kepada para pelajar. Oleh yang demikian, diharapkan semua kumpulan pembentang akan memberikan persembahan yang menarik dan berinformasi bagi menyediakan para pelajar dengan ilmu pengetahuan.